Wednesday, June 17, 2015

Hidden Places Perak Edition



ecehhhhhhh hari ni terasa rajin nak menulis,  memandangkan dah nak hampir setahun selepas dah habis belajar kat 4 tahun perak, dgn esok nak puasa, teringat patutnya hari sebelum puasa tu kitorang convoy pergi kuala kangsar and after that bukak puasa kat lenggong a few week later.... okay lah tak nak throwback lebih2 sedih,,,,

okayyy me hari ni nak tulis pasal Perak, wanderlust kat tempat2 tak berapa mainstream... hahahaha

firstttt 1. Sunset at Sungai Perak, Bota. Tempat ni agak hidden betul, kena masuk lorong kampung kat rumah orang, kat sini ada rumah Mahad Tahfiz or anak yatim tak ingat la pulekkk, tapi ada kandang kerbau kat sini...

 
 Oh tempat ni sesuai untuk tgk sunset, dan agak romantis gittew, jangan nak dating bedua lak..... kat tempat sunyi ni, hokay, sepanjang sungai ni kalau tak jumpa spot yg mcm kat atas tu ada lagi satu spot ada jeti kecik mcm kat pic sebelah tuuu, me mmg kaki rayau gak lah tapi kalau org ajak je lah, me tak kisah sangat tempat org dah selalu pegi, me prefer tempat hidden tak ramai orang... okay kalau chu ols nak sampai ke sini, make sure amik simpang belah kiri before bridge merentasi sungai perak tu yg nak ke arah lumut tewww, and kalau rajin belilah Bubur perak, dgn tanyalah mak cik jual kuih tu kat dlm kampung bota tu tahfidz/rumah anak yatim tu kat mana yeee sebab tak ingat org bawak.....





okayyy next hidden gems,
2. Kledang Hill, Ipoh, Perak yesss Ipoh,

tempat ni tak delah sehidden mana, locals mmg tau sesangat, diorang macam hiking hari hari naik atas bukit ni untuk bersenam, we datang after subuh kot dah ada orang, terkejet sbb time gelap2 tu nampak kelibat putih2 ingat kan apa lah,,, rupanya diorang mmg tak naik pakai torchlight, kitorang lengkap dengan spotlight bagai hahahaha luls, anyway, hiking ni agak penat sbb dia bertangga dan licin sikit kadang2, tapi bukit ni best sbb takdelah tinggi sangat tapi pemandangan dia marvellous 9 bintang especially time tengah kabus tu dgn lampu bandar ipoh to belum padam lagi,, me naik bukit ni 2 kali, first time tu tgh musim hujan so kabus banyak, 2nd tgh musim panas gila babeng kot, so pokok2 atas tu banyak terbakar, serius tak tipu,.,,,
gamba bawah tu second time, terlewat sampai lak

 actually kitorang mcm bertuah kot, sbb kat spot yg kitorang diri ni tersorok sikit, nasib baik ada aunty local tu ckp, ada tempat pemandangan indah di sebalik menara telekomunikasi tu, tempat untuk paragliding,,, we mcm terpukau sbb cantik sangat, menangisssssss kau seriussss






okay
tempat ke 3. Bukit Larut, Taiping, Perak


 Bukit Larut Taiping tak delah sehidden mana kan,,,, tapi yg me tak boleh lupakan, we ols hiking bukit ni sbb ingatkan rendah je,,, tgk2 22KM kauuuuu kitorang berjalan naik bukit,,, fuhhhhh paling mencabar kottt, tulahh org semua naik pajero kitorang main naik je tengah pagi buta gelap....

tapi yg hidden beauty nye dalam perjalanan tu nampak bnyk scenary yg okay lah kalau korang mmg jenis deep deep mcm me.... hahaha, penat nye ya ampunnnn takyah nak ckp, kitorang sampai baring kat atas jalan tu....... mmg tak disyorkan untuk yg lelah.......





we lalu air terjun dgn suhu makin sejuk bila sampai kat atas tu,.... me pulak pakai kasut sneakers converse untuk hiking... mmg disasterlah..... lepas tu kena gigit pacat sampai hari ni berbekas kat kaki..... erhhhhhhh














Jalan dia still berturap, and kadang2 ada shortcut nak potong bukit tapi be careful senang sesat kot seriusss, jalan naik turun naik turun... banyak naik lah kan sbb bukit lollll

mata kau tertumpu kat batu jarak tu je hahahahahah berapa batu lagi ni nak sampai..... anddd kau rasa ni lah mistake paling besar sekali kau penah buat hahahahahha






akhirnyaaa kau akan sampai ke puncak bukit larut ni.... me terkejut sbb tempat ni agak terbiar lah jugak mcm jurassic park, eceh over, hahah, dia ada taman rekreasi sikit atas ni,, and ada menara tinjau sikit atas ni.. tapi pemandangan dia just okay jelah, nampak bandar taiping dgn kuala lumpur

atas ni ada a few rumah boleh sewa and kadang2 ada kabus lalu and agak sejuk yepp

Last last kitorang turun naik jeep sebab gila nak semput kau nak harung lagi 22 km,,, bayaran agak berpatutan nak compare dengan peluh kau hahahahaha

 uihhhhhhhhhhhhhhhhh penat tulisssss...

 so conclusion untuk bukit larut ni, kalau nak hike just untuk menikmati alam sekitar sepanjang perjalanan mmg best, sbb kalau naik pajero jeep terus, mmg tak dapat, uncle yg bawak jeep tu turun sumpah best mcm roller coaster kot dia drive hahahhahhahaa


Next...... Tasik Cermin Ipoh...

hahahaha, ni pun satu tempat yg tak seberapa hidden lagi dah,, okay malas nak tulis panjang, nak masuk tempat ni kena lalu kawasan kuari dgn ada entrance melalui gua batu kapur hehehe serius, tasik dia dikeliling batu kapur, cantik... and me pegi sebab nak convo photoshoot dengan studiomate kesayangan.














ni me upload pics je lah, sebab ramai dah tulis pasal tasik cermin ni, but just kalau u ols datang ipoh tu singgah lah ke sini untuk melihat sendiri wahahaha.,



Okay Lastttt  

Air Terjun Batu Berangkai, Kampar (hidden)

 Kat kampar ni ada air terjun batu berangkai, biasa orang mandi kat bawah tu je, tapi kalau naik atas sikit ada surprise,,, air hijau jernih.... TAPI, dalam,,, me memang tak lakan nak terjun, mandi dalam tu, takut lemas... tgk kawan me jelah splash2 bawak gopro menyelam, me jadi ikan duyung je lah tepi tu....

tempat ni macam... hmmmm spooky sikit for me lah, tak tau kenapa, naluri tu..... tapi serius cantik... ni lah spot studio mate untuk mandi manda,,, rindu gak hahahahaha nangessssss nak ulang balik masa dulu. hahahah time have fun jelah... bukan exam hokayyyyy



extra bonus.. hahhahaha bigfoot jalan kat padang bungaa.,, hahahahah, ni tempat ni extraaa hidden, hahhahaha, lels, padahal tepi jalan je kat kampar tu, ada  jalan baru nak balik ke seri iskandar, pastu ada kawasan mcm berpaya lah gak penuh dengan bunga ni, awwwww serius cantekkk,, sempat suruh kawan berhenti tangkap gambar bigfoot jap....okay lahh me penat tulis,,  thanks for viewing chu olsssss.....




Hidden Places Perak Edition 

- Shimomoomomomo



5 comments:

  1. percaya tak aku x pernah pergi sunset kat bota tu? HAHAHA

    bukit kledang n bukit larut pun aku x pernah.. T.T

    hahahaha

    ReplyDelete
  2. ohoooooooiii

    play jaybee lupe ke? HAHAHA

    kene buat mcm every year kot, each negeri each year *ewaaahhhh!! gittuww ke dua negeri setahun, mcm lama sangat je nak tggu 14 tahun tu hahahaha

    *plan dato :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahahahhaha bukanlelakisangat, dua negeri setahun hahahhahhahahaha kalau dua negara setahun tak hape laaa, negeri aiyooo, #plandato

      Delete